- KERJASAMA ANTARA NEGARA SECARA GLOBAL

Kerjasama antara negara secara global digalakkan adalah untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan siber.Contohnya,negara kita haruslah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan bekerjasama berkongsi maklumat dalam keselamatan komputer,menubuhkan unit pencegahan jenayah siber dan mengupahb pakar dari negara maju seperti Amerika,Britain.
MENINGKATKAN KEMAMPUAN ANGGOTA KESELAMATAN 
Polis Diraja Malaysia(PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)serta Bank Malaysia boleh melatih kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang forensik komputer.Hal ini kerana kakitangan terlatih boleh diupah untuk menyiasat dan menganalisis bagin mendapatkan bukti kukuh. Selain itu, pendakwaan ke atas penjenayah siber akan lebih berkesan.
KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DENGAN SYARIKAT SERTA PENGGUNA KOMPUTER
→Sebagai contoh,syarikat yang ingin memulakan E-Dagang perlu melakukan langkah keselamatan terlebih dahulu. Kerjasama antara kerajaan dengtan syarikat serta pengguna komputer boleh dipraktikkan melalui perkongsian masalah pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan dan juga pemberian cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan keselamatan maklumat. 
MENERAPKAN PENGETAHUAN MENGENAI JENAYAH SIBER
→Penerapan pengetahuna mengenai jenayah siber boleh dipraktikkan di bangku sekolah. Hal ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya,generasi muda merupakan tonggok negara. Misalnya, penerapan pengetahuan kepada masyarakat melaui media massa dan media elektronik. Masyarakat akan diterapkan maklumat mengenai jenayah siber dan cara mengelak daripada menjadi mangsa. Dengan ini, masyarakat celik teknologi maklumat akan dilahirkan.
KAJIAN TERHADAP HUKUMAN
Undang-undang sedia ada perlu dikaji keberkasanan oleh penggubal undang-undang.Hal ini disebabkan oleh keberkasanan undang-undang dapat menghukum sesiapa yang salahguna atau melibatkan dalan jenayah siber. Bukan itu sahaja,bentuk hukuman juga perlu diberi tumpuan. Sebagai tamsilan, hukuman berbentuk pemulihan boleh dikenakan ke atas remaja yang berumur 18 tahun ke bawah dan terlibat dalam jenayah siber
Comments
Post a Comment