Skip to main content
CABARAN MENGHADAPI JENAYAH SIBER
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI JENAYAH SIBER DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
- Permasalahan Remaja.Kemajuan teknologi seperti internet dan media sosial lain termasuk aplikasi WhatsApp dan Wechat telah mendedahkan golongan remaja kepada ancaman dunia siber sekiranya digunakan dengan cara salah.Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.
- Aktiviti Perjudian.Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi
- Penyebaran Fitnah dan Gossip.Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya
- Kesahihan maklumat. Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
- Pelayaran Web Negatif. Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela.
Comments
Post a Comment