Image result for jenayah siber












PENGENALAN


Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.

Jenayah siber juga didefinisikan sebagai suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu atau sekumpulan orang serta mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak terhad batasan

Comments