KESIMPULAN

Image result for Penyebaran Fitnah dan Gossip

Berdasarkan daripada perbincangan di atas, ancaman jenayah siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengguna komputer. Hal ini disebakan oleh kebanyakan komputer mempunyai rangkaian internet yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara terbuka.Undang-undang siber harus diamalkan untuk melindungi masyarakat dari ancaman jenayah siber.Dala dunia yang tanpa sempadan, kemungkinan serangan siber oleh dilakukan oleh beribu-ribu orang dalam kalangan orang yang berhampiran dengan kita .Oleh demikian, setiap individu wajarlah memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluassa pada zaman kini. Sebagai misal, pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko cabaran jenayah siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi yang berkesan. Seterusnya, individu juga perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko yang akan berlaku terutama mengunnakan komputer maing-masing. Dengan ini, kita memikul tanggungjawab untuk menentukan keselamatan komputer kita terjamin daripada ancaman siber.

Comments